Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-25 & Hari Keusahawanan

>> Ahad, 15 Julai 2012

Upacara menaikkan bendera kejohanan

Perbarisan rumah-rumah sukan

Kegarisan...!!!

 Mula..!!!

Boleh pecah rekod ker ni???

Ajk-ajk PIBG sedang sibuk berniaga untuk mengumpul dana

 Koleksi peribadi teacher Mahfuzah, Lelong..lelong..!!!

 Pemeriksaan kesihatan

  Pameran Bomba

I'm the champion.... peace!!!

Read more...

KUNTUM

>> Rabu, 4 Julai 2012

Gambar kenangan bersama Si Comel

Model-model majalah Kuntum... Smile!!

"Mana jawapan soalan kuiz ni..???"

 Bersama pemenang-pemenang kuiz Majalah Kuntum


Read more...

Selamat Hari Guru

>> Jumaat, 18 Mei 2012

Admin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru khususnya warga guru SKP9

Read more...

SKP9 Johan Bola Baling Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun MSSD Sabak Bernam

>> Jumaat, 27 April 2012


 Tahniah dan "Alhamdulillah" kerana berjaya mengiringi pasukan lelaki untuk sama-sama muncul sebagai johan dalam Kejohanan Bola Baling Rendah MSSD Sabak Bernam 2012.

Read more...

Bola Baling 2012

>> Selasa, 24 April 2012


Alhamdulilah SKP9 berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Baling Rendah MSSD Sabak Bernam

Read more...

Kriket

>> Khamis, 19 April 2012

Tahniah kerana telah berjaya muncul sebagai naib johan dalam Kejohanan Kriket Rendah MSSD Sabak Bernam 2012




Read more...

Kem Jati Diri Mental, Jasmani & Rohani (MENJARO)

>> Isnin, 26 Mac 2012

Tarikh : 24 & 25 Mac 2012
Peserta : Pelajar Tahun 6 Sk. Parit 9 Sekinchan
Tempat : Teratak Bernam Riverview

 Perasmian Program & Pelepasan Peserta oleh Saudara Budiman

Taklimat oleh Tuan Shahrizal
 Masa untuk berehat sebentar

 Masa untuk makan

 Peserta termuda

 "Ice Breaking" oleh Tuan Khairul

 Warganegara Teratak Riverview

 Sejuk mata memandang... sejuk lagi kalau dapat mandi.. TERBAIK!!!

 "Dinamika Game"

 Kerohanian oleh Ustaz Wan

 Slot Motivasi

Berehat sebentar ketika Kembara Malam

 Senam Pagi

Jambatan gantung.. Boleh tahan gak gayatnya..
Meniti titian kayu dalam Aktiviti Rentas Halangan

 Semangat berpasukan ketika Rentas Halangan

 Smile!!!... selepas didera dalam Rentas Halangan

 Perasmian penutup oleh En. Mohamad Baharin b. Hamid, Guru Besar Sk. Parit 9 Sekinchan

Alhamdulillah semuanya dapat berjalan dengan lancar. Insyaallah tahun hadapan ada lagi program yang akan menyusul.

Read more...

Jagoan SKP9

>> Selasa, 5 April 2011

Tahniah di ucapkan kepada Kontijen Olahraga SKP9 yang telah berjaya memperolehi 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2011.


Kuartet 4x200 meter berjaya menyumbangkan pingat gangsa

Jaguh Pecut SKP9, Adik Khairul Fahmi b. Sani berjaya membawa pulang 2 pingat emas bagi acara 100 meter dan 200 meter.

Read more...

Pendaftaran Online Tahun 1

>> Khamis, 31 Mac 2011


Read more...

Jemputan Reunion

>> Rabu, 30 Mac 2011


Read more...

Barisan Perwira SKP9 2011

Pasukan Bola Baling SK Parit 9 telah mencipta sejarah kerana telah

muncul sebagai juara dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Sabak Bernam kategori lelaki bawah 12 tahun.

Read more...

Bulan Kecergasan

>> Selasa, 3 Ogos 2010

Jumaat, 30 Julai 2010 - Sempena Bulan Kecergasan, SKP9 dengan jayanya telah melaksanakan beberapa program bagi meneruskan sokongan dalam menjayakan kempen tersebut.


SKP9 telah menyusun beberapa program yang dilaksanankan selama 3 hari bermula dari 28 Julai hingga 30 Julai 2010. Antara program yang berjaya dilaksanakan ialah Ujian Kecergasan, Pertandingan Bola Baling, 'Explorace', dan Senamrobik.

Menurut En. Shahrizal b. Sungip selaku penyelaras program, objektif utama program ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya badan yang cergas disamping mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang baik dilakukan untuk kecergasan badan. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.
"Badan Cergas Minda Cerdas"

Read more...

Minggu Pusat Sumber SKP9 2010

>> Selasa, 27 Julai 2010

Isnin, 16 Julai 2010 - Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah menganjurkan program Minggu Pusat Sumber SKP9. Program seminggu ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Panitia-panitia matapelajaran dan Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah.

Minggu Pusat Sumber SKP9 diadakan dari 12-16 Julai 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk membuat penanda buku, teka silangkata, mewarna, membuat poster, dan pertandingan kuiz.

Semoga program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan ilmu.

Read more...

Sambutan Hari Guru Peringkat SKP9 2010

>> Isnin, 24 Mei 2010

Jumaat, 21 Mei 2010 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah dilangsungkan dengan meriahnya. Sambutan ini dimulakan dengan acara perhimpunan di dewan sekolah. Semasa di dewan pelbagai acara telah dilangsungkan antaranya ialah membaca Perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia, persembahan guru, dan majlis penyampaian hadiah.

Kemudian acara bola tampar bagi guru-guru telah dilangsungkan pula di tapak perhimpunan. Bagi kategori pasukan guru lelaki, pasukan guru yang diketuai oleh Cikgu Ishak Jamil telah menjadi johan. Kategori perempuan pula diungguli oleh pasukan guru yang diketuai oleh Cikgu Noraidah Kasman.

Sambutan diteruskan dengan majlis tahlil yang ditujukan khas kepada bekas-bekas cikgu yang pernah berkhidmat di SKP9 dan telah meninggal dunia. Acara sambutan telah diakhiri dengan majlis jamuan yang telah di adakan di kantin sekolah. Kepada semua guru SKP9 diucapkan Selamat Hari Guru dan Semoga Ceria-Ceria Selalu.

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Isnin, 17 Mei 2010

Lagu Guru Malaysia


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. Samad Said
2 April 1988

Read more...

Budi Mu Disanjung Jasa Mu Dikenang

>> Ahad, 16 Mei 2010

Selasa, 4 Mei 2010 - Genaplah 56 tahun usia En. Hamzah b. Abdul Samad. Sehingga tarikh tersebut maka hampirlah 33 tahun beliau berkhidmat dalam dunia pendidikan. Sepanjang tempoh sebagai pendidik sudah tentu pelbagai rintangan dan halangan telah banyak dilalui. Alhamdulillah segala rintangan dan halangan telah berjaya dilalui dengan begitu tabah demi mendidik anak-anak bangsa.


Sesungguhnya budi mu amat disanjang tinggi dan setiap jasamu akan sentiasa dikenang. Terima kasih CIKGU, semoga hidupmu berbahagia dengan aktiviti-aktiviti harian disamping keluarga yang tersayang.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP