SEJARAH SEKOLAH

>> Isnin, 25 Januari 2010

Pengasas pembukaan sekolah SK Parit 9

i. Tuan Haji Yusof b. haji Abd. Rahman
Merupakan seorang ‘Tokoh Agama’ yang disegani dalam masyarakat. Beliau berpengetahuan luas dalam kehidupan bermasyarakat dan aktif dalam politik serta pernah menjadi Imam Masjid Parit 9, Sekinchan. Beliau juga pernah menjadikan halaman rumahnya sebagai tapak pembinaan pondok bagi sekolah orang dewasa.
ii. En. Bakri b. Haji Mohammad
Beliau merupakan Ketua Kampung yang disegani dalam masyarakat serta aktif dalam bidang keagamaan dan politik. Beliau mengambil berat tentang pendidikan anak-anak tempatan. Pada awal penubuhan sekolah ini, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibubapa yang pertama. Beliau meninggal pada bulan September 1990 akibat kemalangan jalanraya.

Peringkat awal sekolah;
Nama sekolah: Sekolah Cawangan dari SK Sungai Leman
Tahun pembinaan: Mei 1967
Lokasi sekolah: 9 km dari Sekinchan dan 24 ke Pejabat Pelajaran Sabak Bernam
Spesifikasi: Banguanan kayu (pondok kelas dewasa)
Bilangan guru: 2 orang
Bilangan pelajar:53 orang
Guru Ketua:En Saidin b. Adam
Guru Penolong:En Jaafar b. Mohammad

Pembinaan Peringkat ke 2
Tahun pembinaan: Ogos 1967
Spesifikasi bangunan: bangunan kayu
Kontraktor: gotong – royong dengan penduduk tempatan
Bilangan guru: 3 orang
Bilangan murid: 100 orang
Pada 7 Februari 1968 Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris telah membuat lawatan.

Pembinaan Peringkat ke 3
Tahun pembinaan : 1970
Spesifikasi: Bangunan kayu ( 4 bilik darjah, pejabat, kantin dan tandas )
Kontraktor: Jabatan Kerja Raya (JKR)
Pentadbiran: Tahun 1974 bertukar nama kepada nama ‘Sekolah Kebangsaan Parit 9 ,Sungai Leman, Sekinchan’.

Pembinaan Peringkat ke 4
Tahun pembinaan: 1977
Spesifikasi: Bangunan batu 2 tingkat
Kontraktor: Jabatan Kerja Raya (JKR)
Dirasmikan pada 30 Jun 1979 oleh Menteri Besar Selangor ( Dato’ Hormat bin Rafie )

Pembinaan Peringkat ke 5
Tahun pembinaan: 1986
Spesifikasi bangunan: Bangunan batu dan kayu 1 tingkat
Kontraktor: Gotong-royong dengan penduduk tempatan.

Pembinaan Peringkat ke 6
Tahun pembinaan: 1993
Spesifikasi bangunan: bangunan batu 2 tingkat ( 4 bilik darjah dan tandas )
Keseluruhan pembinaan: 4 buah bangunan ( 13 bilik darjah, Pusat Sumber, pejabat, bilik guru, bilik kemahiran manipulatif, bilik pemulihan khas, kantin dan tandas )

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP