Memaparkan catatan dengan label Maklumat Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maklumat Sekolah. Papar semua catatan

Lencana / Logo Sekolah

>> Ahad, 31 Januari 2010


MAKNA PERLAMBANGAN

  1. Buku melambangkan sumber ilmu pengetahuan
  2. Obor dan gelung melambangkan kegiatan sukan / olahraga
  3. Bunga padi melambangkan budi pekerti ‘Semakin berisi semakin menunduk’. Padi juga merupakan hasil utama penduduk tempatan.
  4. Ungkapan kata 'ILMU BIMBINGAN HIDUP 'memberi maksud ilmu merupakan panduan utama dalam menjalani kehidupan seimbang di dunia dan akhirat
  5. Bentuk lipatan kertas melambngkan menuju ke arah kemajuan
  6. Warna Utama
  • Merah dan Kuning - warna rasmi Negeri Selangor
  • Merah - melambangkan keberanian
  • Kuning - melambangkan warna diraja
  • Putih - melambangkan tulus, kebersihan dan suci hati
  • Biru tua - melambangkan perpaduan
  • Hijau - melambangkan bumi yang subur dan damai.

COGAN KATA SEKOLAH

“SEDIA BERBAKTI”

  1. Guru sentiasa bersedia berbakti kepada anak didik dan sekolah untuk mencapai kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  2. Murid-murid sentiasa bersedia berbakti kepada guru, sekolah dan bersedia mencapai kecemerlangan.
  3. Memelihara kebersihan dan kualiti sekolah. Berbakti kepada bangsa, agama dan Negara apabila murid dewasa kelak.

Read more...

Barisan Pentadbir

>> Sabtu, 30 Januari 2010

GURU BESAR:
EN. MOHAMAD BAHARIN BIN HAMID
GRED:DGA34
MULA BERKHIDMAT SEBAGAI GURU BESAR DI SKP9 PADA 05/07/2010

GURU PENOLONG PENTADBIRAN:
PN. HJH. JAMALIAH BT ALI
GRED: DGA32
MULA BERKHIDMAT SEBAGAI GP PENTADBIRAN DI SKP9 PADA 01/07/2007

GPK HEM:
PN. RAHMAH BT. OSMAN
GRED:DGA32
MULA BERKHIDMAT SEBAGAI GPK HEM DI SKP9 PADA 12/03/2007

GPK KOKURIKULUM:
EN. RUZLI B. CHONIT
GRED:DGA32
MULA BERKHIDMAT SEBAGAI GURU GPK KOKURIKULUM DI SKP9 PADA 01/01/2009

Read more...

Profil Sekolah

Kod Sekolah: BBA6029
Nama Sekolah: SK PARIT 9
No Pendaftaran Sekolah :
Gred Sekolah : A
Jenis Sekolah: SK
Sesi: Pagi Sahaja
Status Sekolah: Beroperasi
Peringkat Sekolah: Pra-Sekolah Dan Rendah
Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan
Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan
Lokasi Pendaftaran: Luar Bandar
Lokasi Semasa: Luar Bandar
Bahasa Penghantar: Bahasa Melayu
Tarikh Tubuh: 01/05/1967
Status Bangunan : Bangunan sendiri

Read more...

Guru SKP9

>> Khamis, 28 Januari 2010



Read more...

SEJARAH SEKOLAH

>> Isnin, 25 Januari 2010

Pengasas pembukaan sekolah SK Parit 9

i. Tuan Haji Yusof b. haji Abd. Rahman
Merupakan seorang ‘Tokoh Agama’ yang disegani dalam masyarakat. Beliau berpengetahuan luas dalam kehidupan bermasyarakat dan aktif dalam politik serta pernah menjadi Imam Masjid Parit 9, Sekinchan. Beliau juga pernah menjadikan halaman rumahnya sebagai tapak pembinaan pondok bagi sekolah orang dewasa.
ii. En. Bakri b. Haji Mohammad
Beliau merupakan Ketua Kampung yang disegani dalam masyarakat serta aktif dalam bidang keagamaan dan politik. Beliau mengambil berat tentang pendidikan anak-anak tempatan. Pada awal penubuhan sekolah ini, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibubapa yang pertama. Beliau meninggal pada bulan September 1990 akibat kemalangan jalanraya.

Peringkat awal sekolah;
Nama sekolah: Sekolah Cawangan dari SK Sungai Leman
Tahun pembinaan: Mei 1967
Lokasi sekolah: 9 km dari Sekinchan dan 24 ke Pejabat Pelajaran Sabak Bernam
Spesifikasi: Banguanan kayu (pondok kelas dewasa)
Bilangan guru: 2 orang
Bilangan pelajar:53 orang
Guru Ketua:En Saidin b. Adam
Guru Penolong:En Jaafar b. Mohammad

Pembinaan Peringkat ke 2
Tahun pembinaan: Ogos 1967
Spesifikasi bangunan: bangunan kayu
Kontraktor: gotong – royong dengan penduduk tempatan
Bilangan guru: 3 orang
Bilangan murid: 100 orang
Pada 7 Februari 1968 Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris telah membuat lawatan.

Pembinaan Peringkat ke 3
Tahun pembinaan : 1970
Spesifikasi: Bangunan kayu ( 4 bilik darjah, pejabat, kantin dan tandas )
Kontraktor: Jabatan Kerja Raya (JKR)
Pentadbiran: Tahun 1974 bertukar nama kepada nama ‘Sekolah Kebangsaan Parit 9 ,Sungai Leman, Sekinchan’.

Pembinaan Peringkat ke 4
Tahun pembinaan: 1977
Spesifikasi: Bangunan batu 2 tingkat
Kontraktor: Jabatan Kerja Raya (JKR)
Dirasmikan pada 30 Jun 1979 oleh Menteri Besar Selangor ( Dato’ Hormat bin Rafie )

Pembinaan Peringkat ke 5
Tahun pembinaan: 1986
Spesifikasi bangunan: Bangunan batu dan kayu 1 tingkat
Kontraktor: Gotong-royong dengan penduduk tempatan.

Pembinaan Peringkat ke 6
Tahun pembinaan: 1993
Spesifikasi bangunan: bangunan batu 2 tingkat ( 4 bilik darjah dan tandas )
Keseluruhan pembinaan: 4 buah bangunan ( 13 bilik darjah, Pusat Sumber, pejabat, bilik guru, bilik kemahiran manipulatif, bilik pemulihan khas, kantin dan tandas )

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP