-->

Pemberitahuan

Pertemuan Kembali "Reunion" Bekas Murid, Bekas Guru, dan Bekas Staff SK. Parit 9 Sekinchan
Tarikh : 2 April 2011
Masa : 10pg - 4ptg
Tempat : SK Parit 9 Sekinchan
Untuk maklumat lanjut boleh sertai kumpulan facebook BEKAS PELAJAR-PELAJAR & GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 9, SEKINCHAN
Jadual UPSR 2011
Boleh dimuat turun dari 'folder UPSR' diruangan 'download' ataupun layari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pendaftaran Online Tahun 1
Maklumat lanjut klik di sini atau daftar secara online di sini

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Lagu Guru Malaysia
video


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. Samad Said
2 April 1988

0 ulasan: