-->

Pemberitahuan

Pertemuan Kembali "Reunion" Bekas Murid, Bekas Guru, dan Bekas Staff SK. Parit 9 Sekinchan
Tarikh : 2 April 2011
Masa : 10pg - 4ptg
Tempat : SK Parit 9 Sekinchan
Untuk maklumat lanjut boleh sertai kumpulan facebook BEKAS PELAJAR-PELAJAR & GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 9, SEKINCHAN
Jadual UPSR 2011
Boleh dimuat turun dari 'folder UPSR' diruangan 'download' ataupun layari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pendaftaran Online Tahun 1
Maklumat lanjut klik di sini atau daftar secara online di sini

Isnin, 24 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SKP9 2010

Jumaat, 21 Mei 2010 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah dilangsungkan dengan meriahnya. Sambutan ini dimulakan dengan acara perhimpunan di dewan sekolah. Semasa di dewan pelbagai acara telah dilangsungkan antaranya ialah membaca Perutusan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia, persembahan guru, dan majlis penyampaian hadiah.

Kemudian acara bola tampar bagi guru-guru telah dilangsungkan pula di tapak perhimpunan. Bagi kategori pasukan guru lelaki, pasukan guru yang diketuai oleh Cikgu Ishak Jamil telah menjadi johan. Kategori perempuan pula diungguli oleh pasukan guru yang diketuai oleh Cikgu Noraidah Kasman.

Sambutan diteruskan dengan majlis tahlil yang ditujukan khas kepada bekas-bekas cikgu yang pernah berkhidmat di SKP9 dan telah meninggal dunia. Acara sambutan telah diakhiri dengan majlis jamuan yang telah di adakan di kantin sekolah. Kepada semua guru SKP9 diucapkan Selamat Hari Guru dan Semoga Ceria-Ceria Selalu.

0 ulasan: