-->

Pemberitahuan

Pertemuan Kembali "Reunion" Bekas Murid, Bekas Guru, dan Bekas Staff SK. Parit 9 Sekinchan
Tarikh : 2 April 2011
Masa : 10pg - 4ptg
Tempat : SK Parit 9 Sekinchan
Untuk maklumat lanjut boleh sertai kumpulan facebook BEKAS PELAJAR-PELAJAR & GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 9, SEKINCHAN
Jadual UPSR 2011
Boleh dimuat turun dari 'folder UPSR' diruangan 'download' ataupun layari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pendaftaran Online Tahun 1
Maklumat lanjut klik di sini atau daftar secara online di sini

Selasa, 3 Ogos 2010

Bulan Kecergasan

Jumaat, 30 Julai 2010 - Sempena Bulan Kecergasan, SKP9 dengan jayanya telah melaksanakan beberapa program bagi meneruskan sokongan dalam menjayakan kempen tersebut.

SKP9 telah menyusun beberapa program yang dilaksanankan selama 3 hari bermula dari 28 Julai hingga 30 Julai 2010. Antara program yang berjaya dilaksanakan ialah Ujian Kecergasan, Pertandingan Bola Baling, 'Explorace', dan Senamrobik.

Menurut En. Shahrizal b. Sungip selaku penyelaras program, objektif utama program ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya badan yang cergas disamping mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang baik dilakukan untuk kecergasan badan. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.
"Badan Cergas Minda Cerdas"