-->

Pemberitahuan

Pertemuan Kembali "Reunion" Bekas Murid, Bekas Guru, dan Bekas Staff SK. Parit 9 Sekinchan
Tarikh : 2 April 2011
Masa : 10pg - 4ptg
Tempat : SK Parit 9 Sekinchan
Untuk maklumat lanjut boleh sertai kumpulan facebook BEKAS PELAJAR-PELAJAR & GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 9, SEKINCHAN
Jadual UPSR 2011
Boleh dimuat turun dari 'folder UPSR' diruangan 'download' ataupun layari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pendaftaran Online Tahun 1
Maklumat lanjut klik di sini atau daftar secara online di sini

Rabu, 10 Mac 2010

Ujian Bulanan 1 (2010)

Bermula dari Isnin (8 Mac 2010) hingga Khamis (11 Mac 2010) SKP9 melaksanakan Ujian Bulanan 1 bagi tahun 2010. Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian murid bagi suatu tempoh pembelajaran. Unit Penilaian dan Peperiksaan SKP9 yang diketuai oleh En. Khairul Lizan telah menyusun perlaksanaan ujian ini dijalankan secara selaras bagi memastikan ujian ini dapat berjalan dengan lancar.

Apakah itu UJIAN?

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

0 ulasan: