-->

Pemberitahuan

Pertemuan Kembali "Reunion" Bekas Murid, Bekas Guru, dan Bekas Staff SK. Parit 9 Sekinchan
Tarikh : 2 April 2011
Masa : 10pg - 4ptg
Tempat : SK Parit 9 Sekinchan
Untuk maklumat lanjut boleh sertai kumpulan facebook BEKAS PELAJAR-PELAJAR & GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 9, SEKINCHAN
Jadual UPSR 2011
Boleh dimuat turun dari 'folder UPSR' diruangan 'download' ataupun layari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pendaftaran Online Tahun 1
Maklumat lanjut klik di sini atau daftar secara online di sini

Khamis, 11 Mac 2010

Majlis Ramah Mesra & Penyampaian Sumbangan

Khamis, 11 Mac 2010 - Majlis Ramah Mesra & Penyampaian Sumbangan oleh YB Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, ADUN kawasan Sungai Panjang telah berjaya dilaksanakan. Dalam majlis tersebut YB Dato' Seri berkesempatan makan tengahari bersama guru-guru dan pelajar-pelajar SKP9. Disamping itu juga beliau telah menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM2000 untuk SKP9 seperti yang telah dijanjikan dalam perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri, di atas sumbangan yang telah diberikan disamping kesudian untuk beramah mesra dengan guru-guru dan pelajar-pelajar SKP9.

Dato' Seri sedang menjamu selera bersama guru-guru


Antara tetamu-tetamu yang turut bersama-sama mengiringi Dato' Seri


Pelajar-pelajar sedang menjamu selera


Dato' Seri sedang menandatangi cek



YB Dato' Seri Dr. Mohamad Khir b. Toyo sedang menyampaikan sumbangan kepada En. Hamzah b. Abdul Samad, Guru Besar SKP9 yang mewakili pihak sekolah.

0 ulasan: