-->

Pemberitahuan

Pertemuan Kembali "Reunion" Bekas Murid, Bekas Guru, dan Bekas Staff SK. Parit 9 Sekinchan
Tarikh : 2 April 2011
Masa : 10pg - 4ptg
Tempat : SK Parit 9 Sekinchan
Untuk maklumat lanjut boleh sertai kumpulan facebook BEKAS PELAJAR-PELAJAR & GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 9, SEKINCHAN
Jadual UPSR 2011
Boleh dimuat turun dari 'folder UPSR' diruangan 'download' ataupun layari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pendaftaran Online Tahun 1
Maklumat lanjut klik di sini atau daftar secara online di sini

Jumaat, 5 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 / 2010

Jumaat, 5 Mac 2010 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 33 telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Khir b. Toyo, Adun kawasan Sungai Panjang.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para penjaga dan tetamu undangan di dalam mesyuarat ini. Sekalung tahniah kepada semua jawatankuasa lama dan baru yang terpilih pada tahun. Tahniah juga kepada Tuan Mardi b. Sukir, yang masih diberi kepercayaan untuk menjadi YDP PIBG pada tahun ini.

Tidak lupa juga tahniah kepada saudara Shahrizal yang nampak begitu bersemangat untuk memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Terhormat PIBG yang baru.