Majlis Sambutan Maulidurrasul 2010

>> Khamis, 1 April 2010


Jumaat, 26 Mac 2010 - Sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Majlis telah dimulakan dengan perarakan membawa sepanduk melalui jalan di luar sekitar kawasan sekolah.

Majlis ini bertujuan sebagai tanda kecintaan kita dalam memperingati dan membesarkan hari keputeraan Rasulullah s.a.w serta mengenang, menghargai dan menambil ikhtibar kisah suka duka perjuangan baginda dalam menegakkan syiar islam.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Asraf (Imam Masjid Kuala Selangor). Penyampian ceramah beliau yang nampak begitu berkesan menyebabkan ramai pelajar dan guru menitiskan air mata.

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu ciri teladan yang baik
bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah
dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"

(Al-Ahzab 33:21)

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP