Kejohanan 'Road Run' Peringkat Sekolah 2010
>> Jumaat, 5 Februari 2010
Kejohanan ini bertujuaan untuk memilih peserta-peserta yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan ‘Road Run’ peringkat daerah Sabak Bernam yang akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi. Diharapkan juga kejohanan ini akan dapat menanamkan budaya bersukan dikalangan murid-murid dan seterusnya dapat menghasilkan murid-murid yang cergas dan cerdas.
Pada tahun ini kejohanan ini telah dimenangi oleh adik Mohd Alias dari Tahun 5 Usaha bagi kategori lelaki dan adik Nur Effa dari Tahun 6 Maju bagi kategori perempuan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan diharapkan murid-murid yang terpilih mewakili sekolah dapat menunjukkan prestasi yang terbaik pada kejohanan di peringkat daerah nanti.